Monday, August 8, 2016

Bisnes dari Rumah: Bagaimana saya bermula?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Saya pasti ramai di kalangan wanita masa kini punyai impian untuk bekerja dari rumah. Kerana fitrah seorang wanita, untuk sentiasa berada bersama anak-anak di rumah. Walaupun bukan semua, namun bilangannya pasti besar.

Seperti saya juga, suatu masa dulu, saya tak pernah bayangkan saya akan berhenti kerja dan duduk di rumah. Cuma, bila dah biasa pegang duit sendiri, memang tak boleh la dok sesaja tanpa ada income sendiri (makcik kaki shopping uols!).

Dah 6 tahun 4 bulan saya tak bekerja makan gaji. Saya berhenti kerja pada 1 April 2010 setelah lagi 2 bulan nak cukup 6 tahun saya bekerja.

Sejak berhenti, ada few bisnes yang saya buat. Cuit sana-cuit sini. Ada hasil cuma tak capai apa yang saya nak. But, along the journey, banyak saya pelajari dan pengalaman yang dilalui terlalu mahal harganya yang membentuk diri saya sehingga hari ini. Alhamdulillah.

Percayalah, setiap apa yang kita lalui, kita pasti akan lalui fasa 'ups & downs'. Semua tu pengalaman yang mematangkan dan kita takkan dapat beli kat mana-mana pun.

Dengar ceramah motivasi, baca buku, hadiri seminar sehebat mana pun, ia takkan sama dengan apa kita lalui. Cuma ia bergantung kepada bagaimana kita hadapi situasi tu, dan ilmu yang kita perolehi melalui seminar, bacaan dan ceramah tu sebagai 'bekal' untuk kita bangkit semula.



InsyaAllah, saya akan sambung lagi... Bagaimana saya bermula...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...